Monday, July 18, 2011

[Lirik] Feelhoney – Teman Facebook

 FaceBook-LogoTelah kau sampaikan salam pada temanmu
Lewat laman sosial di Facebookmu
Telah kau kirimkan gambar terbarumu
Telah kau reply komen-komen itu..

Sudahkah kau balas panggilan Tuhanmu?
Sudahkah kau kirim selawat ke Nabimu
Sudahkah kau baca ayat cinta Tuhanmu..
Sudahkah..sahabat oh sudahkah?

Main Facebook tidak salah
Asal jangan langgar syaratnya
Jangan sampai melalaikanmu
Berjam-jam di depan laptopmu..

Ku di sini hanya mengingati..
Teman-teman yang aku sayangi.
Jgn hanya kerana Facebookmu
Kau lupakan Tuhanmu..
Teman Facebookku..

feelhoney

Info :

Feelhoney merupakan sebuah kumpulan vokal indie yang membawakan lagu-lagu berkonsepkan religi dan humaniti yang dianggotai oleh 5 mahasiswa, Hasbi Haji Muh Ali, Fadli Hilmi Mail, Muhiddin Patahol Wasli, Mohd Haniff Ismail dan Nur Amin Mulia Amir Salleh.

Mereka telah muncul dengan single pertama yang berjudul 'Kisah Cinta' pada Ogos 2009. Single kedua Curang telah menemui peminat pada awal bulan April 2011.
Di bawah label Feelhoney Ent sendiri, Feelhoney akan muncul dengan album penuh yang masih dalam pembikinan yang menjanjikan pelbagai kelainan dengan konsep yang dibawakan, dan bakal menemui anda pada tahun 2011, Insya Allah.

Kuliah Tafaqquh Fiddin

 

Jadual Kuliah Tafaqquh Fiddin Sesi 2011

HARI MASA PENGAJIAN PENGAJAR
Isnin Selepas Maghrib Aqidah Ustaz Ali Bin Fathullah Harun
Selasa Selepas Maghrib Hadith / Isu Semasa Ustaz Dr. Ahmad Nasir Bin Mohd Yusoff
Rabu Selepas Maghrib Tafsir Ustaz Lotfi Bin Mat Sarif
Khamis Selepas Maghrib Yaasin Jemaah
Jumaat Selepas Maghrib Kelas Al - Quran Ustaz Isfuany Bin Ismail
Jumaat* Selepas Maghrib* Fiqh Wanita / Al - Quran Ustazah Najihah Binti Abdul Mutalib
Sabtu Selepas Maghrib Akhlak / Tasauf Ustaz Soleh Bin Morshidi
Ahad Selepas Maghrib Tauhid Ustaz Rosman Bin Mat Taib

* Semua Kelas Pengajian akan diadakan di Masjid, Pusat Islam UPMKB Sarawak KECUALI Kelas Fiqh Wanita/al-Quran akan diadakan secara bergilir di Blok-Blok Kolej Siswi.

** Sebarang pembatalan @ penangguhan kelas atas sebab-sebab tertentu akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Quote of The Day : July 18 2011

Jika tidak dapat menyenangkan orang lain , sekurang-kurangnya janganlah menyusahkan orang lain .

3 D (57)

Kisah Cawan Yang Dikagumi

Kisah ini merupakan satu teladan kepada kita semua tentang kenapa selama ini kita sering ditimpa dugaan yang adakalanya sukar untuk kita tanggung dan terlalu menyakitkan.


Sepasang datuk dan nenek pergi belanja di sebuah kedai cenderamata untuk mencari hadiah buat cucu mereka. Kemudian mata mereka tertuju kepada cawan yang cantik. "Lihat cawan itu," kata si nenek kepada suaminya. cawan_dslr"Kau betul, inilah cangkir tercantik yang pernah aku lihat," ujar si datuk. Pada ketika mereka mendekati cawan itu, tiba-tiba cangkir yang dimaksud berbicara,

"Terima kasih untuk perhatian anda, perlu diketahui bahwa aku dulunya tidak cantik. Sebelum menjadi cawan yang dikagumi, aku hanyalah selonggok tanah liat yang tidak berguna. Namun suatu hari ada seorang penjunan dengan tangan kotor melempar aku ke sebuah roda berputar. Kemudian ia mulai memutar-mutar aku hingga aku merasa pening. Stop ! Stop ! Aku berteriak. Tetapi orang itu berkata, 'Belum !' Lalu ia mulai menyodok dan meninju aku berulang-ulang. Stop! Stop ! teriakku lagi. Tapi orang ini masih saja meninjuku, tanpa menghiraukan teriakanku. Bahkan lebih buruk lagi ia memasukkan aku ke dalam api. 

Panas! Panas ! Teriakku dengan kuat. Stop ! Cukup ! Teriakku lagi.Tapi orang ini berkata, 'Belum !' Akhirnya ia mengangkat aku dari api itu dan membiarkan aku sampai sejuk. Aku fikir, selesailah penderitaanku. Oh ternyata belum. Setelah sejuk aku diberikan kepada seorang wanita muda dan ia mulai mewarnai aku. Asapnya begitu memualkan. Stop ! Stop ! Aku berteriak.

Wanita itu berkata, ' Belum !' Lalu ia memberikan aku kepada seorang lelaki dan ia memasukkan aku sekali lagi ke api yang lebih panas dari sebelumnya ! Tolong ! Hentikan penyiksaan ini ! Sambil menangis aku berteriak sekuat-kuatnya.Tapi orang ini tidak peduli dengan teriakanku. Ia terus membakarku. Setelah puas "menyiksaku" kini aku dibiarkan sejuk. Setelah benar-benar sejuk seorang wanita cantik mengangkatku dan menempatkan aku dekat kaca. Aku melihat diriku.Aku terkejut sekali. Aku hampir tidak percaya, kerana di hadapanku berdiri sebuah cawan yang begitu cantik. Semua kesakitan dan penderitaanku yang lalu menjadi sirna tatkala kulihat diriku." Datuk dan nenek itu terdiam membisu. Lalu diceritakan kisah itu kepada cucunya.

cawan_bikar

Pengajaran:
Seperti inilah kehidupan membentuk kita. Dalam perjalanan hidup akan banyak kita temui keadaan yang tidak menyenangkan, sakit, penuh penderitaan, dan banyak air mata. Tetapi inilah satu-satunya cara untuk mengubah kita supaya menjadi 'cantik'.

Jangan lupa bahawa ujian yang kita alami tidak akan melebihi kekuatan kita. Ertinya tidak ada alasan untuk tergoda dan jatuh dalam dosa apabila anda sedang menghadapi ujian hidup, jangan kecil hati, kerana Tuhan sedang membentuk anda. Bentukan-bentukan ini memang menyakitkan tetapi setelah semua proses itu selesai. Anda akan melihat betapa cantiknya Tuhan membentuk anda untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna di hari kemudian dan hari pembalasan(akhirat).

Wallahu a'lam