Sunday, July 17, 2011

Perutusan Khas Julai 2011

      Pertama & selamanya , mari kita panjatkan kesyukuran kepada ALLAH s.w.t atas kurniaannya memberi kita rezeki & nikmat yang tiada bandingnya. Selawat & salam ke atas junjungan Muhammad s.a.w .

Tiada apa yang dapat diungkapkan , hanya syukur dan selawat di atas pertambahan usia ku ini. Bak kata orang, usia hanyalah sekadar nombor, tetapi ia juga memberi makna semakin bertambah tanggungjawab dan bersedia menghadapi rintangan dan halangan yang bakal mendatang.

Terima kasih kepada abah Allahyarham Mohamad Bin A. Karim , walaupun abah telah 9 tahun meninggalkan kami , kami tetapi menyayangimu. Tidak lupa juga , emak tersayang Noryati Binti Samadi , yang tidak pernah jemu dan bosan melayan kerenah kami.

  raya2010

(Hari Raya Aidilfitri 2010)

Kepada satu-satunya kakak tersayang , Mahirah binti Mohamad , minta halal segala makan & minum dan juga duit-duit yang diambil secara sengaja atau tak  sengaja dan juga diketahui atau tanpa diketahui. Makram Akmal bin Mohamad , semoga berjaya dalam apa jua bidang yang ditempuhi , seterusnya Abdullah Mursyid bin Mohamad , rajin-rajinlah ke sekolah . 

Terima kasih juga kepada teman-teman & sahabat-sahabat yang tidak putus – putus mendoakan kesejahteraan kita bersama . Korang semua memang best !

Akhir kata , ada sedikit perkongsian untuk peringatan diri sendiri dan juga sahabat yang lain :

Orang yang suka berkata jujur akan mendapat tiga perkara :
1. kepercayaan
2. cinta
3. rasa hormat

Sekian .

If you have enjoyed this entry. Please feel free to bookmark it using your favorite social bookmarking site